Sunday, January 20, 2013

Serius : Budak 11 Tahun Hilang Dilarikan Kekasih (gambar)

#dcbfa6


[imagetag]

HULU SELANGOR Seorang 

budak

 perempuan berusia 11 

tahun

 yang dipercayai 

dilarikan

 

kekasih

nya ketika sedang menjamu selera bersama datuk dan neneknya di sebuah medan selera di pasar raya Tesco dekat Bukit Sentosa di sini Sabtu lalu masih belum lagi ditemui.



Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, dipercayai 

dilarikan

 oleh 

kekasih

nya yang dikenali sebagai Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, 17, pada pukul 2.30 petang.



Mengikut maklumat keluarga mangsa, Teratai sebelum ini pernah menghilangkan diri selama sehari bersama lelaki sama tetapi pulang semula ke rumah selepas dipujuk oleh keluarganya.



Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkepli Bedin berkata, 

budak

perempuan dan 

kekasih nya itu didakwa mengenali satu sama lain ketika bermain satu permainan atas talian kira-kira tiga bulan lalu.



Bagaimanapun, menurut beliau, apabila hubungan mangsa dan 

kekasih nya yang tinggal di Kota Warisan, Sepang diketahui keluarga mangsa, keluarga 

budak  perempuan itu melarang mangsa berjumpa 

kekasih nya itu.



Dalam tempoh perhubungan itu, 

kekasih  Teratai didakwa pernah menghantar sebentuk cincin kepada mangsa dengan hasrat untuk mengikat tali pertunangan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang lebih

serius

.



p/s : baru umur 11 

tahun

 dah pandai ikut lelaki..

No comments:

Post a Comment